Fan Club

Saturday, December 8, 2012

DEAN'S LIST AGAIN

Views


ALHAMDULILLAH sangat2 sebab aku mendapat senarai dekan lagi untuk semester dua... inilah hasilnya setelah penat bersengkang mata mentelaah buku disaat menjelang EXAM dulu.... aku nie kalau exam tak pandai nak study awal2, kalalu study pown mesti tak masuk dalam kepala otak punya... so disebabkan itu, memang setiap kali exam aku akan  buat pecutan disaat akhir2 punyala.... (haha nampak tak ayat agak poyosss di situ).... pointernya berapa adalah RAHSIA...


Bagi manghargai pelajar2 yang memperoleh keputusan yang cemerlang ini, sebuah majlis telah diadakan untuk memberi penghargaan kepada mereka termasuklah aku. hewhewhew.... Majlis nie diadakan pada 6 December 2012, pada hari Khamis di Dewan Besar, UPSI... 


yeayyyyy dapat lagi sijil nieee....hewhewhew


 bergambar sebentar bersama sijil dekanku



aku dan wong



 zaffran zaid



niele budak kelas aku yang mendapat anugerah dekan nie... sebenarnya kami semua 5 orang tapi seorang lagi tak dapat datang, so tinggal kami berempat jewww.... ( dari kiri Haziq, Zhafran, AKU, Wong)...
Aku berharap semester 3 yang sedang aku hadapi sekarang nie juga dapat memperoleh keputusan yang CEMERLANG lagi... dan ramai lagi kawan2 aku akan turut serta bersama2 berada dalam majlis nie...

:: by SARA_NAORIL

Wednesday, December 5, 2012

THE ADVANTAGES OF TIME MANAGEMENT

Views







Masa itu emas. Jika dibandingkan dengan jambatan emas Puteri Gunung Ledang sekalipun masa yang berlalu tetap tidak akan dapat diputarkan lagi. Masa bukan ibarat roda yang boleh diputarkan kehadapan dan kebelakang. Pengurusan masa yang efektif dapat mempengaruhi intelektual individu.Sebagai contoh pengurusan masa untuk membaca buku , mengulangkaji pelajaran, membuat assignment dan pergi ke kolej adalah sebahagian daripada aktiviti intelektual. Pengurusan masa yang berkesan dapat melahirkan individu yang cemerlang bukan sahaja didunia malahan diakhirat juga. Jika masa tidak diuruskan dengan bijak kita tidak akan dapat meningkatkan prestasi diri dalam bidang akademi. Diri tidak akan dapat dimajukan masyarakat akan menjadi dungu manakala negara pula akan menjadi porak-peranda tiada kesepakatan kerana dijajah oleh kuasa luar.

Solat itu merupakan tiang agama dan mencegah kita daripada melakukan kemungkaran. Melalui solat sahaja kita dapat tahu betapa pentingnya masa. Solat bukan sahaja membentuk disiplin diri agar kita menepati masa malahan solat juga merupakan makanan rohani bagi umat Islam. Pengisian kerohanian haruslah ada dalam jadual waktu individu.Rohani membentuk keperibadian diri seseorang. Sebagai contoh jika kita sibuk seharian bekerja tanpa mempedulikan azan berkumandang memanggil-manggil kita untuk pergi solat maka kita akan membiarkan rohani kita menjadi kosong. Kita mementingkan kerja daripada menunaikan ibadah wajib kepada Allah. Kadang-kadang kita lupa bahawa lalai menunaikan ibadah kepada Allah boeh menyebabkan kita diturunkan bala tanpa sedar. Kesusahan yang datang bertimpa-timpa. Hal ini kerana pengurusan masa yang kurang bijak boleh menyebabkan kita menjadi alpa. Aspek kerohanian tidak kita titik beratkan.

Emosi yang sihat dapat menjadikan seseorang itu produktif.Pengurusan masa yang teratur dapat menjadikan seseorang itu tidak tededah kepada tekanan. Jika seseorang itu menghadapi tekanan dia tidak akan dapat melakukan kerja dengan baik dan hasilnya kurang memberangsangkan. Sebagai contoh seorang pelajar tidak mahu pergi ke kolej dan berasa tertekan kerana dia tidak menyiapkan kerja yang diberikan oleh pensyarahnya. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar tersebut kurang bijak dalam hal menguruskan masa. Kerja tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang diberikankerna sesetengah individu suka membuat kerja bertangguh. Ada peribahasa yang menyatakan kerja bertangguh tidak akan menjadi. Tidak pergi ke kelas sehari bukan sahaja menyebabkan seseorang pelajar tertinggal apa yang dipelajari walaupun nota boleh disalin tetapi percakapan pensyarah didalam kelas tidak dapat diputarkan kembali. Hal ini kerana fakta-fakta penting selalunya keluar daripada mulut pensyrah ketika di dalam kelas.

Dalam aspek jasmani pula masa dapat dikaitkan dengan masa untuk makan, bersukan dan sebagainya. Ianya amat penting kerana jasmani berkait rapat dengan tubuh badan kita. Kesihatan tubuh badan amat penting bagi setip individu. Badan yang sihat akan menghasilkan otak yang cerdas. Melalui senaman misalnya kita akan dapat meningkatkan tahap kecergasan badan dan menjadikan jantung kita lebih sihat. Selain itu,masalah obesity iaitu berat badan berlebihan dapat ditangani dengan melakukan senaman. Makan secara sihat juga perlu diamalkan. Oleh sebab itulah adanya hadis yang menyatakan bahawa makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang. Sudah jelas didalam hadis ada menyatakan bahawa kita perlu mengawal pemakanan kita agar kita sentiasa berada dalam keadaan yang sihat. Selain itu, umat Islam juga perlu berpuasa pada bulan Ramadhan. Hal ini kerana kita peru merehatkan perut daripada makan terus menerus. Tidur yang banyak juga boleh menjejaskan aspek jasmanai. Kita tidak menjadi cergas dan sentiasa berada dalam keadaan yang tidak bersedia. Oleh itu, pengurusan masa juga amat penting dalam aspek pengurusan jasmani.

Pengurusan masa dalam kehidupan sosial juga amat penting.Sebagai contoh sekiranya kita adalah sebagai ahli perniagaan tidak menepati masa yang telah ditetapkan dengan pelanggan kemungkinan kita akan kehilangan projek yang bernilai jutaan ringgit. Bayangkan masa boleh menyebabkan kita rugi. Keidupan sosial haruslah dititik beratkan terutamanya ketika berhadapan masyarakat. Apa salahnya jika kita meluangkan sedikit masa untk berbual-bual dengan jiran tetangga dan mengambil tahu apa yang perlu. Hal ini kerana jika kita mempunyai sikap prihatin terhadap jiran tetangga dan rakan-rakan apabila kita berada didalam kesusahan ada yang akan membantu barulah amalan tolong menolong bagai aur dengan tebing dapat dijadikan tabiat masyarakat Malaysia. Tidaklah kita menjadi seperti kera sumbang tidak bergaul dengan orang lain serta mementingkan diri sendiri. Mana tahu suatu hari nanti apabila ketika kita memerlukan bantuan tiada siapa yang sudi menghulurkan kesan daripada sikap kita yang mementingkan diri.

Intihanya, kita hendaklah bijak membahagikan masa dan menggunakannya dengan sebaiknya. Hal ini kerana masa yang telah berlalu tidak dapat dikembalikan semula walaupun kita bergolok bergadai sekalipun. Setiap individu hendaklah tahu bahawa mereka mempunyai jadual masa tanpa mereka sedari. Masa boleh merubah seseorang individu menjadi lebih baik mahupun sebaliknya. Hargailah masa yang ada dan gunakanlah dengan sebaiknya agar kita tidak menyesal kelak.


:: by SARA_NAORIL

Tuesday, December 4, 2012

LOST WORLD TAMBUN~~ WE'RE COMING~~

Views




aku ke LOST WORLD TAMBUN nie dah lama tp baru teringat nak update entry pasal jejalan dekat sana... aku pergi sana dengan HOUSEMATE aku ...masa rancang nak pergi sana memang excited sangat2la, maklumla dah lama tak berendam dalam air lama2.... nak tunjuk jugak bakat renang kat HOUSEMATE2 aku nie jugak.. hahaha...


kat atas nie adala map nak kesana untuk dijadikan panduan... kalau dari tempat aku, Tanjung Malim nak kesana menganbil masa dalam 1 jam 30 minit... aku ngn kengkawan ke sana dengan menunggang sang kura-kura kecil yang kami sewa khas untuk membawa kami ke sana....


Sang kura-kura niela yang aku maksudkan tu.... tengok ja kecil tapi ley muat sampai 6 orang taw...

Tiket nak masuk dalam LOST WORLD  RM55 dan akan dapat balik deposit masa kita kuar nanti tapi mesti serahkan gelang getah yang kita pakai dulu, baru akan dapat deposit sebanyak RM10. kalau aku konfem sera balik, RM10 tuuuuu, macam2 boleh beli kowt... 

niela gelang getah yang sangat bernilai perlu diserahkan balik tuuuu.. ( bergabung meletussssss)

walaupun harga tiket agak mahal tapi memnag berbaloila datang sini... macam2 ada dalam LOST WORLD nie... memang xcukup 1 harila kalau nak tawaf semua kawasan LOST WORLD nie...

meh nengok gambar jakun aku dan kawan2 ke sana


niela housemate yang owesome sst tu ( dari kiri : AINA, HAZIRA, EKIN, YANA , NANI DAN SARAH- akula tu-

















Selepas penat mandi-manda n jejalan kat LOST WORLD nie... kami pown singgah makan untuk mengisi perut yang hebat berbunyi... (telan air LOST WORLD banyak sangat kot)... 




:: by SARA_NAORIL




SUCCESS AS PLANNED

Views



Pendaftaran untuk semester 4 nie, alhamdulillah sempat mendaftar seperti yang telah dirancang... sem 1 hingga 3 dlu, jangan harapnya boleh register banyak2... rancang nak amek 20 jam kredit tapi sempat amek 17 la 16 ja.... memang sem depan2 aku bz la nmpaknya, byk jam kredit nak kena cover balik... yang pasti subjek untuk sem 4 telah berjaya mendaftarnya sampai 20 jam kredit.. xrugi aku bersengkang mata menunggu nak  register kursus sampai pukul 4 pagi... MEMANG BERBALOI SANGAT!



lega sangat2 xpayah nak naik turun pergi fakulti nak add Subjek

::by SARA_NAORIL

Monday, December 3, 2012

THREE BILLY GOATS

Views


Three Billy Goats Gruff

Characters:

Narrator
Big Billy Goat
Middle Billy Goat
Little Billy Goat
Troll

SCRIPT:

Narrator: Once upon a time there were three goats.  They lived in a little valley in the hills.  One day, they saw a lot of grass to eat on the other side of the hill.  So they decided to go there because they were very hungry.

All Three Goats: We have to go there. The grass over there looks greener!

Narrator: But to go there they had to cross a wooden bridge, under which an ugly troll lived.

Middle Goat: Come on, lets go now.

Big Goat: Yes, but what about that big, ugly troll that lives under the bridge? He will eat us as soon as we cross the bridge!

Middle Goat: We have to find a way to cross that bridge.

Big Goat: I know.  Our little brother should go first.

Little Goat: Me? Why don´t you go first.

Big Goat: Because you are the smallest.  And I have a plan.

Little Goat: You’re right.   I will go first.

Narrator: So the little goat started to cross the bridge.  But the steps on the wood woke up the troll.

Troll: (jumping to the bridge)  Who dares to go across my bridge!

Little Goat: (trembling and scared)  It´s me, Little Billy Goat Gruff.

Troll: Then I will eat you.

Little Goat: Oh No!  Don’t eat me! I am too little.   Wait for my big brother.  He will be here soon, wait for him, please.

Troll: Hmm, I will wait for him, then.   You may go.

Little Goat: (leaves running)   Thank you! Thank you!

Narrator: Soon the Middle Billy Goat came over the bridge.  The noise in the wooden bridge made the troll go up to the bridge.

Troll: Who dares to go across my bridge!

Middle Goat: It is me,  Middle Billy Goat Gruff.

Troll: Oh yes, your brother told me about you.  I was waiting for you.  He was right, he was too small for me.  I am going to eat you!

Middle Goat: Oh please, don’t eat me.  My other brother is coming after me, and he much bigger than me.

Troll: Really?  He’s bigger than you? Hummmmm. Then I will wait for him.

Narrator: Soon the biggest Billy Goat Gruff came over the bridge.  The noise he made in the wooden bridge made the Troll go up to the bridge.

Troll: Who dares to go across my bridge!

Big Goat: It´s me, the Big Billy Goat.

Troll: I  was waiting for you!  I am so hungry that you will be my supper now!

Big Goat: Oh, we will see that.  It won´t be easy, because I am stronger than you!

Narrator: So the Big Billy Goat Gruff put his head down, hit the Troll in the stomach, and threw him off the bridge.

Troll: (screaming)  Ouch!

Narrator: The Troll fell into the river and was never seen again.

Big Goat: Come little brothers, it´s time to eat our delicious green grass.

Narrator: The Three Billy Goats Gruff finally tasted the sweet green grass they could only see from the other side of the hill, and they ate it until they were full.

All Three Goats: Mmmmmm, delicious!

The End

:: by SARA_NAORIL



Saturday, December 1, 2012

SPEND TIME AT I-CITY

Views


Aku nie sejak tinggal dekat Tanjung Malim nie, keja berjalan jew. Maklumlah dekat jew dengan pusat bandaraya. untuk keberapa kaliannya aku pergi lagi ke i-city tapi yang ini aku spend time kat sana lama cket. sebab masa dulu aku pergi waktu siang ja, xbestla kan xdapat nak nengok lampu liplap yang banyak2 tu. so untuk keberapa kalian yang seterusnya, aku decide nak pergi lagi tapi nak stay lama cket sampai lewat malam. bolehla aku round2 nengok lampu liplap semua tu sampai aku puas.

Camna nk pergi sana moh tengok map kat bawah nie. nak terang banyak2 pown aku bukan pandai sangat, aku pown ikowt driver kesayangan aku ja.... hew hew hew..


Tengok sendiri la yerr, aku surrender awal2, aku memang xingat jalan. jalan kat tanjung malim pown aku boleh sesat lagi. haha. memang xbley bawak jalankan aku nie. kalau sesat memang xdapat nak nolong lah gamaknya.

I-City kalau setakat nak masuk jalan2 dengan family sekitar kawasan lampu liplap tu  free jew, tapi kalau nak masuk tempat salji ( aku lupa dah apa namanya) n nak main permainann dekat situ kena bayarla.


Dekat atas tu ada senarai permainan dan bayaran yang dikenakan yang sempat aku snapkan . tak tahula aku korang nampak ka x. tengok2 la erk.

Baru-baru  nie I-city ada buat penambahan baru iaitu penambahan permainan air. masa aku pergi nie xdakla lagi permainan nie. mungkin pergi terawal cket kowt. dari segi harga aku rasa not bad untuk golongan yang agak berada tapi bagi aku seorang pelajar serba daif ini agak memberi kesan jugak dalam perbelanjaan harian aku. hehe.



Niela lampu liplap2 yang aku nak tengok sangat tu.. (nampak tak perak jakun disitu) hew hew hew







Memang bestla sesiapa yang nak luangkan masa dengan family atau nak tenangkan fikiran yang sedang kusut tu. memang aku suggest sangat supaya korang datang sini...






:: by SARA_NAORIL