Masa itu emas. Jika
dibandingkan dengan jambatan emas Puteri Gunung Ledang sekalipun masa yang
berlalu tetap tidak akan dapat diputarkan lagi. Masa bukan ibarat roda yang
boleh diputarkan kehadapan dan kebelakang. Pengurusan masa yang efektif
dapat mempengaruhi intelektual individu.Sebagai contoh pengurusan masa untuk
membaca buku , mengulangkaji pelajaran, membuat assignment dan pergi ke kolej
adalah sebahagian daripada aktiviti intelektual. Pengurusan masa yang berkesan
dapat melahirkan individu yang cemerlang bukan sahaja didunia malahan diakhirat
juga. Jika masa tidak diuruskan dengan bijak kita tidak akan dapat meningkatkan
prestasi diri dalam bidang akademi. Diri tidak akan dapat dimajukan masyarakat
akan menjadi dungu manakala negara pula akan menjadi porak-peranda tiada
kesepakatan kerana dijajah oleh kuasa luar.
Solat itu merupakan
tiang agama dan mencegah kita daripada melakukan kemungkaran. Melalui
solat sahaja kita dapat tahu betapa pentingnya masa. Solat bukan sahaja
membentuk disiplin diri agar kita menepati masa malahan solat juga
merupakan makanan rohani bagi umat Islam. Pengisian kerohanian haruslah
ada dalam jadual waktu individu.Rohani membentuk keperibadian diri seseorang. Sebagai
contoh jika kita sibuk seharian bekerja tanpa mempedulikan azan berkumandang
memanggil-manggil kita untuk pergi solat maka kita akan membiarkan rohani kita
menjadi kosong. Kita mementingkan kerja daripada menunaikan ibadah wajib kepada
Allah. Kadang-kadang kita lupa bahawa lalai menunaikan ibadah kepada Allah
boeh menyebabkan kita diturunkan bala tanpa sedar. Kesusahan yang datang
bertimpa-timpa. Hal ini kerana pengurusan masa yang kurang bijak boleh
menyebabkan kita menjadi alpa. Aspek kerohanian tidak kita titik beratkan.
Emosi yang sihat dapat
menjadikan seseorang itu produktif.Pengurusan masa yang teratur dapat
menjadikan seseorang itu tidak tededah kepada tekanan. Jika seseorang itu
menghadapi tekanan dia tidak akan dapat melakukan kerja dengan baik dan
hasilnya kurang memberangsangkan. Sebagai contoh seorang pelajar tidak mahu
pergi ke kolej dan berasa tertekan kerana dia tidak menyiapkan kerja yang
diberikan oleh pensyarahnya. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar tersebut kurang
bijak dalam hal menguruskan masa. Kerja tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang
diberikankerna sesetengah individu suka membuat kerja bertangguh. Ada
peribahasa yang menyatakan kerja bertangguh tidak akan menjadi. Tidak pergi ke
kelas sehari bukan sahaja menyebabkan seseorang pelajar tertinggal apa yang
dipelajari walaupun nota boleh disalin tetapi percakapan pensyarah didalam
kelas tidak dapat diputarkan kembali. Hal ini kerana fakta-fakta penting
selalunya keluar daripada mulut pensyrah ketika di dalam kelas.
Dalam aspek jasmani
pula masa dapat dikaitkan dengan masa untuk makan, bersukan dan sebagainya. Ianya
amat penting kerana jasmani berkait rapat dengan tubuh badan kita. Kesihatan
tubuh badan amat penting bagi setip individu. Badan yang sihat akan
menghasilkan otak yang cerdas. Melalui senaman misalnya kita akan dapat
meningkatkan tahap kecergasan badan dan menjadikan jantung kita lebih sihat.
Selain itu,masalah obesity iaitu berat badan berlebihan dapat ditangani dengan
melakukan senaman. Makan secara sihat juga perlu diamalkan. Oleh sebab
itulah adanya hadis yang menyatakan bahawa makan sebelum lapar berhenti sebelum
kenyang. Sudah jelas didalam hadis ada menyatakan bahawa kita perlu mengawal
pemakanan kita agar kita sentiasa berada dalam keadaan yang sihat. Selain itu,
umat Islam juga perlu berpuasa pada bulan Ramadhan. Hal ini kerana kita peru merehatkan
perut daripada makan terus menerus. Tidur yang banyak juga boleh menjejaskan
aspek jasmanai. Kita tidak menjadi cergas dan sentiasa berada dalam keadaan
yang tidak bersedia. Oleh itu, pengurusan masa juga amat penting dalam aspek
pengurusan jasmani.
Pengurusan masa dalam
kehidupan sosial juga amat penting.Sebagai contoh sekiranya kita adalah sebagai
ahli perniagaan tidak menepati masa yang telah ditetapkan dengan pelanggan
kemungkinan kita akan kehilangan projek yang bernilai jutaan ringgit. Bayangkan
masa boleh menyebabkan kita rugi. Keidupan sosial haruslah dititik beratkan
terutamanya ketika berhadapan masyarakat. Apa salahnya jika kita meluangkan
sedikit masa untk berbual-bual dengan jiran tetangga dan mengambil tahu apa
yang perlu. Hal ini kerana jika kita mempunyai sikap prihatin terhadap jiran
tetangga dan rakan-rakan apabila kita berada didalam kesusahan ada yang akan
membantu barulah amalan tolong menolong bagai aur dengan tebing dapat dijadikan
tabiat masyarakat Malaysia. Tidaklah kita menjadi seperti kera sumbang tidak
bergaul dengan orang lain serta mementingkan diri sendiri. Mana tahu suatu hari
nanti apabila ketika kita memerlukan bantuan tiada siapa yang sudi menghulurkan
kesan daripada sikap kita yang mementingkan diri.
Intihanya, kita
hendaklah bijak membahagikan masa dan menggunakannya dengan sebaiknya. Hal ini
kerana masa yang telah berlalu tidak dapat dikembalikan semula walaupun
kita bergolok bergadai sekalipun. Setiap individu hendaklah tahu bahawa mereka
mempunyai jadual masa tanpa mereka sedari. Masa boleh merubah seseorang
individu menjadi lebih baik mahupun sebaliknya. Hargailah masa yang ada
dan gunakanlah dengan sebaiknya agar kita tidak menyesal kelak.
:: by SARA_ NAORIL
No comments:
Post a Comment